Friday, March 26, 2010

PIALA PEMUDA UMNO WP DAN PIALA MENTERI WPKB 2010

KEJOHANAN BOLASEPAK ANJURAN BIRO SUKAN PEMUDA UMNO WP YANG DIPENGERUSIKAN OLEH SDR AZMI BADARUDIN SELAKU PENGERUSI BIRO SUKAN PEMUDA UMNO WP TELAH DIADAKAN DI PADANG PULAPOL, JALAN SEMARAK PADA 28 FEBUARI 2010.

KEJOHANAN INI TERBAHAGI KEPADA DUA PIALA IAITU ANTARA EXCO PEMUDA-PEMUDA UMNO BAHAGIAN DI WP UNTUK MEREBUT PIALA PEMUDA UMNO WP DAN TERBUKA ANTARA PARLIMEN UNTUK MEREBUT PIALA MENTERI WPKB. SEBANYAK 11 DARIPADA 13 PEMUDA UMNO BAHAGIAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN TELAH MENYERTAI DI KEDUA-DUA KEJOHANAN INI KECUALI DARIPADA BAHAGIAN LABUAN. MANAKALA PEMUDA UMNO BAHAGIAN KEPONG TIDAK MENYERTAKAN PASUKAN.

KEJOHANAN INI TELAH BERJALAN DENGAN JAYANYA DAN PIALA MENTERI WPKB TELAH DIMENANGI OLEH PASUKAN DARI PARLIMEN PUTRAJAYA DENGAN MENGALAHKAN PASUKAN DARI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK DENGAN JARINGAN 2-1. MANAKALA PIALA PEMUDA UMNO WP PULA TELAH DIMENANGI OLEH PEMUDA BAHAGIAN SEPUTIH SETELAH MENEWASKAN PEMUDA BAHAGIAN BATU.

PASUKAN EXCO PEMUDA BAHAGIAN SETIAWANGSA KURANG BERNASIB BAIK SETELAH HANYA BERJAYA MELANGKAH KE SUKU AKHIR MANAKALA PASUKAN PARLIMEN SETIAWANGSA SETAKAT DI PUSINGAN AWAL.

PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH TELAH DISEMPURNAKAN OLEH NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA MERANGKAP TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN Y.B. DATO' RAZALI IBRAHIM.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KEDUA-DUA PASUKAN PEMUDA SETIAWANGSA YANG TELAH MEMBERIKAN KOMITMEN DAN MENUNJUKKAN SEMANGAT KESUKANAN YANG TINGGI. SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PASUKAN YANG BERTANDING DAN SYABAS KEPADA PASUKAN YANG BERJAYA. INSYALLAH, KITA BERJUMPA LAGI PADA TAHUN AKAN DATANG.


TEAM KITA NI
video


SEKITAR PERASMIAN PENUTUP
video

0 comments: