Friday, December 25, 2009

PROGRAM PERKASA DIRI DAN SATU HATI

Kursus Perkasa Diri dan Satu Hati ini adalah hasil idea Sdr Azmi Badarudin yang telah dicadangkan semasa Mesyuarat UMNO Bahagian 2009 yang lalu dan mendapat restu dari Y.B Dato Sri Zulhasnan Rafique. Selain menerapkan semangat jati diri, persiapan dari segi mental dan fizikal diterapkan didalam kursus ini untuk Pemuda menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Kursus ini bermula dari 11, 12 dan 13 Disember 2009 dan bertempat di Kem Suara Rimba, Sungai Congkak. seramai kira-kira 40 orang pemuda dari kalangan AJK Pemuda Bahagian dan Pemuda Cawangan menyertai kursus ini, malah Sdr Ketua Pemuda sendiri terlibat secara langsung sebagai peserta yang mana semua aktiviti beliau turut serta.

video

Antara aktiviti yang dijalankan semasa kursus yang di ketuai oleh Pak Mokhtar ini adalah bermula seawal jam 5.00 pagi dengan solat Subuh berjemaah, sesi senaman, ceramah - motivasi, jati diri, survival melayu, persiapan pilihanraya dan kenali diri, solat Zuhur berjemaah, jungle trekking, solat Asar berjemaah, solat Maghrib, Isyak berjemaah dan kursus tamat pada jam 11.00 malam setiap hari.


Penceramah jemputan terdiri daripada YBhg Profesor Madya Shaharuddin Badarudin ( Ceramah - Kepimpinan ), YBhg En. Abdullah Mat - Setiausaha UMNO Bahagian Setiawangsa ( Ceramah - Persiapan menghadapi pilihanraya Parlimen Setiawangsa ) dan YBhg Hj Shukor Ghafur - Mantan Pengarah Biro Tata Negara Wilayah Persekutuan ( Ceramah - Survival Melayu )


video


Majlis Penutup disempurnakan oleh Y.B Dato Sri Zulhasnan Rafique.


Monday, November 23, 2009

BOLASEPAK PERSAHABATAN - PEMUDA SEPUTEH VS PEMUDA SETIAWANGSA

Pada 7 November 2009 bertempat di Padang DBKL Seputeh. Perlawanan Persahabatan Bolasepak telah dianjurkan oleh Pemuda Seputeh, perlawanan disertai oleh Ketua UMNO Bahagian Seputeh YBhg Encik Mustapa Kamal, Ketua Pemuda UMNO Seputeh YBhg Sdr Razlan dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa diketuai oleh Ketua Pemuda - YBhg Sdr Azmi Badarudin. Dalam Perlawanan Persahabatan ini Pemuda Setiawangsa tewas tipis dengan jumlah jaringan 3-4. Antara punca kekalahan ada di gambar paling bawah hehe.




MAJLIS RAMAH MESRA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA

Pada 6 November 2009 jam 8.45 malam bertempat di Cangkir Kopi House, Kelab Golf PDRM Titiwangsa, Majlis Ramah Mesra Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa dengan Ketua Pemuda Cawangan telah diadakan, disamping beramah mesra, satu majlis penerangan mengenai Program Kem Satu Hati turut disertakan. Acara cabutan bertuah dan berkaraoke turut menyerikan lagi majlis pada malam iti.


PROGRAM SUKARELAWAN JIWA MALAYSIA - INSTITUT SOSIAL MALAYSIA

Pada 30 Oktober - 1 November 2009 bertempat di Hotel Marriot Putrajaya, telah berlangsung Program Sukarelawan Jiwa Malaysia anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Institut Sosial Malaysia. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil dan moderator oleh Pengarah Institut Sosial Malaysia iaitu Y.Bhg Prof Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din. Seramai 100 orang menyertai Program ini, mereka terdiri daripada Pergerakan Pemuda UMNO dan Pergerakan Puteri UMNO dari seluruh Malaysia. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa diwakili oleh Sdr Shamsul - PSU.



MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA DAN DEEPAVALI 2009 - PARLIMEN SETIAWANGSA

Pada 18 Oktober 2009, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali 2009 anjuran UMNO Bahagian Setiawangsa telah berlangsung dengan suasana yang cukup meriah. Tetamu tiba seawal pukul 9.00 pagi untuk menikmati juadah yang disediakan selain dapat beramah mesra dengan Y.B Dato Sri Zulhasnan Hasnan Rafique. Sekalung Terima Kasih kepada tetamu yang hadir antaranya YBhg Sdr Rizalman Dato Mokhtar - Ketua Pergerakan Pemuda Negeri Wilayah Persekutuan.

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009

Pada 13 - 16 Oktober 2009, Perhimpunan Agung UMNO telah diadakan di PWTC, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa di wakili oleh Ketua Pemuda - YBhg Sdr Azmi Badarudin, Naib Ketua - YBhg Sdr Mohamed Hameli, Penolong Bendahari Pemuda selaku G2 - Ybhg Sdr Saiful Anuar Mat Ali dan Ketua Penerangan selaku G2 - YBhg Sdr Mohamed Farid.

Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 52

SEJARAH TERCIPTA 31 OGOS 1957

video

Thursday, August 20, 2009

KEMPEN H1N1 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TEMBAK 2


Wabak Pendamik Hemagglutinin 1 Neuraminidase 1 atau H1N1 kini semakin menular, salah satu institusi yang terdedah kepada risiko wabak ini adalah sekolah. Parlimen Setiawangsa mempunyai 7 buah sekolah menengah dan 13 buah sekolah rendah.

Diatas dasar keprihatinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa melancarkan kempen membasmi H1N1 di sekolah-sekolah dalam Parlimen Setiawangsa dengan memberikan "face mask" dan risalah-risalah yang berkaitan H1N1 yang diperolehi dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain itu pendedahan kepada para pelajar mengenai betapa pentingnya untuk meningkatkan lagi kebersihan diri seperti kerap mandi dan amalan membasuh tangan dengan betul.

Sekolah pertama yang dikunjungi adalah Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Tembak 2 pada 20 Ogos 2009. Pada hari tersebut, ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Setiawangsa, Saudara Azmi Bin Badarudin telah menyerahkan 700 unit face masks dan juga risalah-risalah berkaitan dengan H1N1 kepada Encik Shamsudin Bin Bakar, Guru Besar SK Padang Tembak 2, untuk diedarkan kepada murid-murid dan guru-guru sekolah tersebut. Pengerusi Tetap Pergerakan, yang dikenali di sekolah sebagai Uncle Wan Zainal, juga memberi sedikit taklimat berkenaan dengan wabak H1N1 serta pencegahan Pada masa yang sama, sempena musim peperiksaan tidak lama lagi kami juga membuat sedikit sumbangan berupa beberapa rim kertas A4 untuk kegunaan pejabat sekolah.