Friday, January 16, 2009

NSTP FUND FOR GAZA & DANA KEMANUSIAAN PALESTIN ( DAKAP )




Salam Perjuangan....

" Sebagaimana yang kita semua ketahui, saudara Islam kita kini amat menderita di Palestin akibat pencerobohan Israel yang saya anggap biadap dan tidak bertamadun. Isu yang melanda bumi Palestin ini adalah isu kemanusiaan dan saya juga sedar bahawa tidak ada tindakan yang dapat diambil kerana bidang kuasa kita yang terbatas, malah seluruh dunia hanya mampu melihat. Sebagai manusia, kita hanya mampu berdoa dan mengharapkan agar saudara-saudara kita dapat melalui saat-saat yang getir ini dengan sabar dan bertawakal kepada Allah. Di atas sifat kemanusiaan, saya sebagai wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa menyeru kepada Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa khasnya dan kepada seluruh warga Pemuda UMNO agar dapat meringankan azab yang mereka tanggung melalui rayuan derma " NSTP FUND FOR GAZA " yang dianjurkan Kumpulan NSTP atau " DANA KEMANUSIAAN PALESTIN " (DAKAP) yang telah dianjurkan oleh Kumpulan Utusan dan Islamic Relief Malaysia (IRM) yang mana dana ini akan disalurkan terus ke Gaza. Sumbangan anda boleh disalurkan terus melalui akaun bank yang tertera dibawah ini, Akhir kata - Al Fatihah buat Syuhada dan saudara kita di Bumi Palestin "

- Azmi Badarudin ( Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa )



Thursday, January 15, 2009

TRAINING BOWLING @ FLAMINGO 13 JANUARI

Pada 13 Januari 2009 bertempat di Flamingo Superbowl Ampang. Sesi latihan ini anjuran Biro Sukan dan Kebudayaan - Pengerusi Biro tersebut iaitu Sdra Md Kamar Zaman berterima kasih diatas kehadiran Ketua Pemuda Sdra Azmi Badarudin & Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa.
Training ini adalah bertujuan untuk memilih peserta dari kalangan pemuda untuk Pertandingan Bowling 3 sayap Pergerakan Bahagian Setiawangsa, bagaimanapun tarikh dan lokasi pertandingan masih dalam peringkat perbincangan.
Turut kelihatan berdiri disebelah kiri dan kanan Sdr Ketua Pemuda adalah ahli daripada UMNO Bahagian Wangsa Maju yang berada dilokasi pada masa yang sama.
Training dan bersantai, Sdr Md Kamar dengan gaya seorang model

Sdra Naib KP menunjuk cara-cara balingan ke longkang hehe..

Antara yang hadir memeriahkan sesi latihan

Salah satu aksi Sdr Pengerusi Tetap



Sdra Zulflida turut hadir ( pakar bowling )

Wednesday, January 14, 2009

DEMONSTRASI AMAN PALESTIN 2 JANUARI 2009

JAHANAM ISRAEL / AMERIKA
ISRAEL = TERRORIST



" APA YANG ANDA RASA JIKA BAYI DIATAS ADALAH ANAK ANDA ? "






"Dalam sekumpulan binatang tiada manusia tetapi dalam sekumpulan manusia ada yang bersifat BINATANG !!!"











Pada 2 Januari 2009 selepas Solat Jumaat, satu perhimpunan aman telah diadakan bertempat di Kedutaan Palestin Jalan U Thant, Perhimpunan ini adalah anjuran Pemuda UMNO Malaysia.








YB Sdra Khairy Jamaluddin sebagai wakil Pemuda UMNO Malaysia telah mengetuai perhimpunan ini. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa diwakili oleh Ybhg Sdra Azmi Badarudin ( Ketua Pemuda ), Sdra Shamsul Jamalludin ( PSU ), Sdra Saiful Annuar Mat Ali ( Bendahari ), Sdra Khairul Idzwan Idris ( orang kuat demonstrasi) & Sdra M. Razali.



Kuasa dan tindakan kita adalah terhad dan apa yang termampu adalah memboikot dari membeli produk keluaran Israel. Orang yahudi mungkin tiada di Malaysia tetapi produk Israel amat banyak dalam negara kita ini.



BOIKOT PRODUK ISRAEL !!! LAKNAT ISRAEL !!!




MAJLIS RAMAH MESRA PEMUDA BERSAMA YB DATO SRI ZULHASNAN

Pada 14 Disember 2008, Mesyuarat Pertama AJK UMNO Bahagian Setiawangsa telah diadakan bertempat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Setiawangsa. Sayap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa yang diterajui oleh Ybhg Sdra Azmi Badarudin serta AJK Pemuda turut hadir memeriahkan majlis.


Pengerusi Biro Pendidikan & Teknologi Maklumat Sdra Saiful Annuar Mat Ali dan Timbalan beliau Sdra Yahaya Salleh.