Sunday, April 5, 2009

TAHNIAH & TERIMA KASIH & SELAMAT KEMBALI

TAHNIAH YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK


3 April 2009 - Datuk Seri Najib Razak membaca ikrar mengangkat sumpah taat setia serta menyimpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selepas menerima Suratcara Pelantikan sebagai Perdana Menteri di Istana Negara di sini, hari ini.


Bekas Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hadir pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan, Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri di Istana Negara di sini, hari ini.



Datuk Seri Najib Razak menandatangani Suratcara Pelantikan sebagai Perdana Menteri selepas membaca ikrar mengangkat sumpah taat setia serta menyimpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini, hari ini.


TERIMA KASIH TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI



Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengurniakan anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kiri) di Istana Negara di sini, hari ini. Turut menerima gelaran yang sama isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah, 55, yang dikurniakan anugerah "Seri Setia Mahkota" (SSM). Istiadat penganugerahan itu berlangsung selepas majlis mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri yang baru.


Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan Fail Meja Perdana Menteri simbolik penyerahan tugas sebagai Perdana Menteri keenam kepada penggantinya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

Tun Abdullah Ahmad Badawi melambaikan tangan kepada orang ramai yang hadir sejurus sebelum meninggalkan pejabat Perdana Menteri selepas penyerahan tugas sebagai Perdana Menteri keenam di Bangunan Perdana Putra hari ini.


SELAMAT KEMBALI TUN MAHATHIR !



PUTRAJAYA 4 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini kembali menyertai UMNO setelah hampir setahun meninggalkan parti tersebut.

Bekas Presiden UMNO itu bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menyerahkan borang keahlian yang kekal bernombor 001 dan 002 kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna di Sri Satria di sini.

Dr. Mahathir, 84, melahirkan rasa gembira kerana dapat kembali dan diterima semula oleh UMNO.

‘‘Walaupun saya berada di luar UMNO tetapi dalam hati saya masih orang UMNO. Walaupun saya tegur UMNO, saya fikir teguran itu adalah untuk membina UMNO, bukannya untuk menghancurkan UMNO.

‘‘Oleh itu saya berharap yang keluar UMNO sama dengan saya akan kembali semula dan harap parti akan menerima mereka,” katanya.

Saturday, April 4, 2009

KENALI KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO : YB KHAIRY JAMALUDDIN


YB Khairy Jamaluddin

Tarikh lahir: 10 Januari 1976

Taraf perkahwinan:Berkahwin

Alamat: Akademi PemudaTingkat 37, Menara Dato’ Onn, Jalan Tun Ismail, 50480, Kuala Lumpur.

Akademik:

Oktober 1994 – Mei 1997
St. Hugh College, University of OxfordBA (Hons) Philosopy, Politics and Economics Oktober

1997 – September 1998
University College, LondonMA Legal and Political Theory

September – December 2002
Oxford Centre for Islamic Studies
Kerjaya:

Oktober 1998 – Januari 1999
Dateline Malaysia - Penyampai rancangan TV

Januari – Julai 1999
The Economist - Wartawan

Ogos 1999 – Ogos 2004
Pejabat Timbalan Perdana Menteri Malaysia - Pembantu Khas

Ogos 2004 Hingga Kini
ECM Libra – Pengarah, Penasihat

Jawatan Politik (kini):


April 2009 - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
2008 - kini - Ahli Parlimen


Jawatan Politik (terdahulu):


September 2004 - Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Mei 2000 - Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Mei 2000 - Timbalan Pengerusi, Biro Pendidikah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Jawatan Sosial:

Pengerusi, Akademi Pemuda Ahli Mesyuarat, Majlis Latihan Khidmat Negara (PLKN)