Tuesday, July 20, 2010

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA 2010

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA 2010

Pada 11 Julai 2010 bertempat di Hotel Royale Chulan, Majlis Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Setiawangsa telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin - Timbalan Presiden UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri.





SIDANG AKHBAR RUMAH TITIAN KASEH

29 Jun 2010 - Sidang akhbar ini diadakan oleh Biro Pengaduan, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh Ybhg Dato' Muhammad Khairun Aseh dan turut serta adalah Ybhg Sdr Azmi Badarudin selaku Ketua Pemuda Bahagian Setiawangsa. Rumah Titian Kasih yang terletak didalam kawasan Parlimen Setiawangsa ini menempatkan 85 orang penghuni yang terdiri daripada Ibu tunggal, anak-anak yatim, warga OKU dan warga emas.

Sidang akhbar ini diadakan rentetan dari sikap pemilik rumah yang telah mengusir warga yang tidak berupaya ini dari kediaman tersebut. untuk maklumat lanjut sila layari (rumahtitiankasih.blogspot.com)

MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA BHG SETIAWANGSA 2010

Pada 4 Julai 2010 bertempat di Hotel Nikko Jalan Ampang telah berlangsung Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan 3 sayap Pergerakan yang telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Zulhasnan Rafique - Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.



MAJLIS ANUGERAH KECERMERLANGAN PENDIDIKAN

14 Mei 2010 - Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan anjuran bersama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan diadakan bagi mengiktiraf dan menghargai pengorbanan ibubapa dan pelajar yang cemerlang dalam bidang masing-masing. Dalam majlis ini juga YB Senator Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang cemerlang. Sdr Rizalman Dato Mokhtar juga bersama-sama menyampaikan sumbangan.