Thursday, January 14, 2010

PRIHATIN MANGSA BENCANA ALAM

"Angin nya cukup kuat hingga menggegarkan rumah kami." "Angin yang datang seolah-olah nampak seperti satu kumpulan". Itulah yang dikatakan oleh mangsa bencana alam yang juga ahli pemuda UMNO cawangan Pinggiran Air Jernih. Mereka adalah Sdra. Khairuddin bin Kasa, Sdra. Wan Effendy bin Wan Yusoff dan Sdra. Hanif bin Jamil.

Kejadian ini berlaku November tahun lepas di kawasan Balai Bomba Setapak. Atas inisiatif Ketua Pemuda Cawangan, Sdra. Zamzurry Baharuddin, yang juga AJK Pemuda Bahagian, telah melaporkan kepada Sdra. Azmi bin Badarudin, Ketua Pemuda Bahagian. Pada hari yang sama juga, Sdra. Azmi serta Sdra Saiful Annuar (Pen. Bendahari) dan Sdra. Fauzee Shahar (Pengerusi Biro Pengaduan, Keahlian dan Belia Pemuda Setiawangsa) telah melawat kawasan bencana.

Kejadian ini telah mengakibatkan bumbung rumah mereka terbang ditiup angin dan keseluruh rumah mereka dimasuki air. Banyak peralatan di dalam rumah rosak. Alhamdulillah, rumah mereka sekarang sudah dibaik pulih.Atas rasa simpati dan prihatin, pada hari Jumaat lepas (9/1/2010), Pemuda UMNO Setiawangsa telah mengadakan jamuan makan malam mesra bersama keluarga mangsa di Pejabat Bahagian. Walaupun ianya satu makan malam tetapi Sdra. Ketua Pemuda tidak melepaskan peluang berbincang dan bertukar fikiran dan pendapat bersama-sama mangsa yang juga merupakan akar umbi UMNO.


Wednesday, January 6, 2010

PEMUDA SEKARANG

Tuesday, January 5, 2010

KURSUS PEMANTAPAN KEMPIMPINAN ESQ165

PAGI!!! kata fasilitator dan disahut dengan gemuruh oleh peserta PAGI!!!. Laungan PAGI itu di laung setiap kali bermulanya sesi kursus sebagai pemberi semangat. Kursus yang padat dengan keesaan Allah (Tauhid) ini ideal untuk pemantapan kepimpinan.

Kursus tersebut adalah Kursus Pemantapan Kempimpinan ESQ165 anjuran Yayasan Pembangunan Insan di Port Dickson pada 24 hingga 26 Disember 2009. Kursus tersebut dirasmikan oleh Y.B. Datuk Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd Isa bin Dato' Hj Abdul Samad, Adun Bagan Pinang.


Pemuda UMNO Setiawangsa menghantar wakil Sdr. Saiful Annuar, Penolong Bendahari Pemuda untuk bersama-sama dengan hampir 400 orang peserta lain untuk menghadiri kursus tersebut. Menurut Sdr. Saiful, kursus tersebut banyak ilmu dan semangat ('recharge') diperolehi dan berharap kursus sebegini dapat dihadiri oleh Pemuda Setiawangsa untuk memantapkan lagi kempimpinan dan satu hati.