Monday, November 23, 2009

BOLASEPAK PERSAHABATAN - PEMUDA SEPUTEH VS PEMUDA SETIAWANGSA

Pada 7 November 2009 bertempat di Padang DBKL Seputeh. Perlawanan Persahabatan Bolasepak telah dianjurkan oleh Pemuda Seputeh, perlawanan disertai oleh Ketua UMNO Bahagian Seputeh YBhg Encik Mustapa Kamal, Ketua Pemuda UMNO Seputeh YBhg Sdr Razlan dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa diketuai oleh Ketua Pemuda - YBhg Sdr Azmi Badarudin. Dalam Perlawanan Persahabatan ini Pemuda Setiawangsa tewas tipis dengan jumlah jaringan 3-4. Antara punca kekalahan ada di gambar paling bawah hehe.




MAJLIS RAMAH MESRA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA

Pada 6 November 2009 jam 8.45 malam bertempat di Cangkir Kopi House, Kelab Golf PDRM Titiwangsa, Majlis Ramah Mesra Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa dengan Ketua Pemuda Cawangan telah diadakan, disamping beramah mesra, satu majlis penerangan mengenai Program Kem Satu Hati turut disertakan. Acara cabutan bertuah dan berkaraoke turut menyerikan lagi majlis pada malam iti.


PROGRAM SUKARELAWAN JIWA MALAYSIA - INSTITUT SOSIAL MALAYSIA

Pada 30 Oktober - 1 November 2009 bertempat di Hotel Marriot Putrajaya, telah berlangsung Program Sukarelawan Jiwa Malaysia anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Institut Sosial Malaysia. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil dan moderator oleh Pengarah Institut Sosial Malaysia iaitu Y.Bhg Prof Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din. Seramai 100 orang menyertai Program ini, mereka terdiri daripada Pergerakan Pemuda UMNO dan Pergerakan Puteri UMNO dari seluruh Malaysia. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa diwakili oleh Sdr Shamsul - PSU.



MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA DAN DEEPAVALI 2009 - PARLIMEN SETIAWANGSA

Pada 18 Oktober 2009, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali 2009 anjuran UMNO Bahagian Setiawangsa telah berlangsung dengan suasana yang cukup meriah. Tetamu tiba seawal pukul 9.00 pagi untuk menikmati juadah yang disediakan selain dapat beramah mesra dengan Y.B Dato Sri Zulhasnan Hasnan Rafique. Sekalung Terima Kasih kepada tetamu yang hadir antaranya YBhg Sdr Rizalman Dato Mokhtar - Ketua Pergerakan Pemuda Negeri Wilayah Persekutuan.

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009

Pada 13 - 16 Oktober 2009, Perhimpunan Agung UMNO telah diadakan di PWTC, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa di wakili oleh Ketua Pemuda - YBhg Sdr Azmi Badarudin, Naib Ketua - YBhg Sdr Mohamed Hameli, Penolong Bendahari Pemuda selaku G2 - Ybhg Sdr Saiful Anuar Mat Ali dan Ketua Penerangan selaku G2 - YBhg Sdr Mohamed Farid.