Saturday, May 30, 2009

8 nilai 1Malaysia


sumber: www.1malaysia.com.my

Monday, May 25, 2009

PEMUDA UMNO DI INGAT JANGAN LEKA - Harian Sinar

Monday, May 18, 2009

JANGAN LEPAS PELUANG: JOM LAWAT


                                                              www.1malaysia.com.my

                                                        
                                                            Pasti tak dikecewakan

Forum "Conversation" Trend Piliharaya Kecil




Forum yang diadakan pada 15 Mei 2009 di ibu pejabat UMNO PWTC telah mendapat sambutan yang sangat menggalakan terutamanya dikalangan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan. Pemuda118 telah menghantar 5 wakil termasuk Ketua Pemuda Sdra Azmi Badarudin. Tiga ahli panel undagan untuk forum tersebut adalah bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP dan penulis blog, Datuk Kadir Jasin, Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Prof Dr Zainal Kling daripada UPSI manakala pengerusinya Datuk Shahaniza Shamsuddin.


Antara isi berbangkit forum seperti berikut:

  1. UMNO kena mengubati hati orang Melayu yang rata-rata sudah kecewa kerana parti itu dilihat lebih banyak menyenangkan hati orang Cina dan India sedang mereka tidak menjaga hati orang Melayu. Datuk Kadir berpendapat, sekiranya hati orang Melayu tidak diubati, UMNO bukan sahaja tidak boleh bangkit kembali ke asal tetapi akan habis dalam pilihan raya umum akan datang.
  2. Isu-isu tempatan yang ada kaitan dengan pengundi menjadi pengaruh besar dalam pilihan raya kecil kebelakangan ini selain faktor keperibadian calon. Dr Zainal berpendapat, menjadi trend baru juga bahawa isu negara walaupun besar ianya tidak dapat mempengaruhi pengundi sebaliknya mereka mencari parti yang membuat janji populis. Mereka tidak lagi melihat janji-janji untuk jangka masa panjang terutama soal pembangunan yang dinyatakan kerajaan.
  3. Dr Zainal juga berpendapat  sikap UMNO yang terlalu defensif terhadap serangan pembangkang memberi kesan buruk apabila ada isu-isu dibangkitkan tidak dijawab. Ini disetujui oleh Datuk Hafarizam yang menceritakan pengalaman berdepan dengan peguam-peguam mewakili pembangkang termasuk Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang kurang ajar dalam mahkamah. Dalam hal tersebut Datuk Hafarizam bertegas berdepan dengan tindak tanduk pihak pembangkang supaya hak-hak dapat didengar dan ditegakkan.  
  4. Datuk Hafarizam berkata, persepsi juga satu masalah yang mana boleh dilihat dengan jelas apabila keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada pembangkang.

    “Bila kerajaan atau BN menang dalam kes di Perak, mereka kata ada tangan ghaib dan keputusan aneh serta menghairankan tetapi sebelum itu bila Nizar menang, mereka kata itu kehendak rakyat,” jelasnya.

PROGRAM KURSUS PENYEMBELIHAN

Program Kursus Penyembelihan anjuran KEMAS untuk kawasan Zon 3  telah dijalankan 25 April 2009 di Masjid Taman Sri Rampai. Pemuda118 telah menghantar wakil untuk menghadiri program tersebut yang mana Ketua Pemuda UMNO Setiawangsa Sdra Azmi Badarudin telah diberi penghormatan memberi ucapan dan sekaligus menutup program tersebut. Mengakhiri ucapan tersebut, Sdra Azmi merakamkan terima kasih kepada KEMAS dan berharap agar pihak KEMAS bersama-sama dengan Pemuda UMNO dapat bekerjasama menganjurkan lagi kursus-kursus yang munafaat seperti ini sebagai pendedahan kepada masyarakat. 




Monday, May 4, 2009

EXCO LANTIKAN DAN KETUA PEMUDA UMNO NEGERI

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mengumumkan perlantikan Ahli Jawatankuasa tambahan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri bagi sessi 2008-2011.

Setiausahanya, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berharap dengan lantikan ini, akan dapat mengeratkan kerjasama dan perpaduan di kalangan ahli-ahli Pemuda UMNO dari segenap lapisan masyarakat.

Pada masa yang sama beliau berkata dengan perlantikan ini, mereka akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi bagi memastikan usaha mengembalikan sokongan orang Melayu khususnya golongan muda kepada UMNO dan BN menjadi kenyataan.

Berikut adalah senarai EXCO Lantikan Pemuda UMNO Malaysia :-

Sdr. Anis Hisham Abdul Aziz
Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor

Sdr. Abdul Razak Abd Rahman
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka

Sdr. Khairul Azwan Dato’ Harun
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak

Sdr. Badrol Hisham Haji Zakaria
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu

Sdr. Mohd Faizal Hj. Ramli
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Teluk Kemang

Berikut adalah senarai Ketua Pemuda UMNO Negeri-Negeri:-

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perlis
Sdr. Mohsin Mohd Yusoff
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar

Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah
Sdr. Badrol Hisham Hashim
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Terap

Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang
Sdr Norman Zahalan
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak
Sdr. Maslin Sham Razman
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar

Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor
Sdr. Suhaimi Mohd Ghazali
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang

Ketua Pemuda UMNO Negeri Wilayah Persekutuan
Sdr. Rizalman Dato’ Mokhtar
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak

Ketua Pemuda UMNO Negeri Negeri Sembilan
Sdr. Mohd Helmy Din
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rasah

Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka
Sdr. Karim Yaacob
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil

Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor
Sdr. Mohd Fadil Muskon
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Air Hitam

Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang
Sdr. Abu Jimi Samat
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lipis

Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu
Sdr. Saiful Bahri Baharuddin
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Marang

Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan
Sdr. Anuar Safian
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Kerian

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah
Sdr. Azman Hj Ruslan
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Keningau

BIRO, SEKRETARIAT DAN UNIT PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mengumumkan penubuhan 28 biro, sekretariat dan unit sebagai satu pendekatan perubahan strategik pergerakan itu bagi menarik golongan muda tanpa mengira kaum dan agama menyokong Barisan Nasional (BN).


Jelas beliau pendekatan itu juga berdasarkan lima rukun Pemuda iaitu Berprinsip, Inklusif, Proaktif, Relevan dan Bersatu.Pada sidang media selepas berakhirnya Majlis Khemah Kerja Perdana Pemuda UMNO selama tiga hari di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik, beliau turut menghuraikan kelima-ima prinsip tersebut.


Jelasnya Berprinsip bermakna Pemuda tetap berpegang teguh kepada perjuangan asas UMNO, agama, bangsa dan negara serta mempertahankan perlembagaan, rukun negara, kontrak sosial dan perkongsian kuasa.


Pemuda Inklusif pula kata beliau adalah dengan memberi fokus kepada usaha bukan saja pada ahli UMNO tetapi juga generasi muda tanpa mengira kaum yang tidak berparti dan tidak menyokong UMNO.


Beliau berkata, Pemuda yang proaktif bermaksud tidak perlu menunggu sebarang arahan untuk menyelesaikan masalah dan ia perlu dilakukan dengan pantas dan berkesan sebelum ia menjadi krisis yang besar.


Bagi menjadikan Pemuda Relevan pula tambah beliau semua program Pemuda diubahsuai mengikut cita rasa golongan muda dengan menggunakan saluran komunikasi seperti media baru, facebook dan lain-lain.


Sementara yang terakhir prinsip tersebut iaitu Bersatu membawa maksud Pemuda yang bersatu tanpa ada sikap berpuak-puak dan terikut-ikut dengan politik pecah belah.


Berikut adalah senari lengkap Biro, Sekretariat dan Unit yang diwujudkan.


Biro Politik – Khairy Jamaluddin

Sekretariat Pengurusan – Datuk Razali Ibrahim

Sekretariat Penerangan – Datuk Reezal Merican Naina Merican

Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan – Soohaimi Shahadan

Biro Pertanian dan Industri Asas Tani – Zubir Zabidi

Biro Antarabangsa/Aman Malaysia – Datuk Ahmad Zaki Zahid

Sekretariat Hal Ehwal Luar Bandar – Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak

Sekretariat Hal Ehwal Bandar – Tengku Azman Tengku Zainal Abidin

Biro Putera UMNO – Megat Zulkarnain Omardin

Biro Perhubungan NGO – Suffian Awang

Biro Keahlian dan Pemilih – Hishammuddin Yahaya
Biro Pendidikan Politik – Ali Mazat

Biro Pelajaran – Mohd Gasing Saling

Biro Pengajian Tinggi – Syahrin Jamaluddin

Biro Agama - Ustaz Mohd Afandi Yusof

Biro Aduan Komuniti – Datuk Mohamad Khairun Aseh

Biro Sukan – Datuk Ahmad Darus

Biro Kebudayaan dan Kesenian – Jamawi Jaafar

Biro Sosio Etika – Mohamad Iruan Zulkefli

Sekretariat Profesional Muda – Shafiqurrahman Shamsuddin

Sekretariat Pekerja Muda – Nazir Hussin Akhtar Hussin

Sekretariat Perhubungan Kerajaan – Badrol Hisham Zaki

Sekretariat Pemuda BN dan Satu Malaysia – Mohd Faizal Ramli

Unit Pidato dan Penghujahan Umum – Lokman Noor Adam

Unit Media Baru – Tun Faisal Ismail Aziz

Unit Perang Saraf – Mohd Anis Hisham Abd Aziz

Akademi Pemuda – Khairul Azwan Harun

Biro Tugas-tugas Khas – Abdul Razak Abdul Rahman