Wednesday, December 17, 2008

INTERNATIONAL CONFERENCE ON YOUTH RESEARCH 2008

Majlis telah diadakan di Hotel Marriot Putrajaya pada 16 Disember 2008, Perasmian disempurnakan oleh Presiden Gerakan Belia 4B serta Presiden World Assembly Of Youth dan juga Ketua Menteri Melaka iaitu Y.A.B Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam. Majlis ini juga adalah kerjasama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia.



Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa telah dijemput dan diwakili oleh Sdr Azmi Badarudin ( Ketua Pemuda ), Sdr Shamsul Jamalludin ( Penolong Setiausaha Pemuda ), Sdr Ahmad Fauzee Shahar ( Pengerusi Biro Pengaduan, Keahlian dan Belia ), Sdr Mohd Sharul Nizam Samsol ( Timbalan Pengerusi Biro, Pengaduan, Keahlian dan Belia ) dan Sdr Megat Azmi Megat Othman ( Setiausaha Kerja Pemuda ).


Sdr Azmi Badarudin bersama Sdr Tajuddin Ahmad, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) yang turut hadir ke majlis tersebut.


Majlis ini juga dihadiri oleh Y.B Dato' Ismail Sabri Yaakob, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Pembukaan ucapan oleh Ybhg Datuk Prof. Madya Abdul Halim Sidek selaku Ketua Pegawai Esekutif Institut Penyelidikan, Pembangunan Belia Malaysia.

Dalam ucaptama Y.A.B Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam, beliau menegaskan betapa pentingnya peranan belia dalam pembangunan sesebuah negara, beliau juga menyeru kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan agar dapat menyediakan dana dan mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan belia.


Saturday, December 13, 2008

PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA 2008

Tahniah kepada Sdr Azmi Badarudin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa yang baru 2008 - 2011.
Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa pada 12 Oktober 2008 telah diadakan di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC.
Sekalung tahniah juga kepada mantan Ketua Pemuda Bahagian iaitu Dato Izudin Ishak serta AJK Pemuda yang lepas.
Sdr Azmi Badarudin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua Perwakilan Pemuda UMNO yang telah memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa untuk sessi 2008 - 2011.

MESYUARAT 2/2008 PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA

Mesyuarat kedua 2/2008 Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa pada 5 Disember 2008 - jam 9.00 malam.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Pemuda - Sdr Azmi Badarudin.


MAJLIS DOA KESYUKURAN ANJURAN PEMUDA BAHAGIAN SETIAWANGSA

Majlis Doa Kesyukuran, Solat Berjemaah dan Tazkirah anjuran Biro Agama, Kebajikan dan Pembangunan Islam, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa pada 29 November 2008.

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada Sdr Mohd Ezani Abd Rahman - Pengerusi Biro dan kepada rakan-rakan pemuda yang bersama-sama menjayakan majlis tersebut.


Tuesday, December 9, 2008

CALON EXCO PEMUDA UMNO PUSAT

Tahniah kepada mereka yang telah melepasi pencalonan untuk calon Exco Pergerakan Pemuda UMNO Pusat.

1. Harisson Hassan
2. Mohd Suffian Awang
3. Rosli Hassan
4. Mohd Anis Hisham Dato' Abd. Aziz
5. Zakaria Dullah
6. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
7. Ahmad Ikmal Ismail
8. Rizalman Dato' Mokhtar
9. Norizan Ali
10. Wan Amizan Wan Abd. Razak
11. Mohd Affendi Yusof
12. Mohd Khairun Tan Sri Aseh
13. Marzuki Yahya
14. Abu Jimi Samat
15. Ahmad Zaki Zahid
16. Mohd Gasing Saling
17. Mohd Fuad Tukirin
18. Nixon Hj Habi
19. Anuar Safian
20. Azizul Nizam Bidin
21. Zubir Zabidi
22. Mohd Nizar Zakaria
23. Azizan Che Omar
24. Syahrin Jamaluddin
25. Faizal Datuk Seri Ampong
26. Mohd Najib Tan Sri Isa
27. Khairul Azwan Dato Harun
28. Mohd Hazali Tan Sri Abu Hassan
29. Mohd Iruan Zulkefli
30. Hishammuddin Yahaya
31. Sazali Kamilan
32. Saiful Ismail Saaya
33. Norman Zahalan
34. huhaimi Shahadan
35. Haris Che Mat
36. Nadziruddin Mohd Bandi
37. Khaled Mohamad
38. Lokman Nor Adam
39. Ali Mazat Salleh
40. Hazraf Ali Hassan
41. Rohazam Shah Ahmad
42. Akhram Syah Muaammar
43. Hafiz Abdullah @ Reggie Sua
44. Nur Azman Annuarulperai
45. Suhaimi Mohd Ghazali
46. Ruji Ubi
47. Zainuri Zakaria
48. Megat Zulkarnain Omar Din
49. Kapten Mohd Fairuz Shakirin
50. Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid
51. Mohd Anuar Mohammad Nor
52. Dr. Novandri Hassan Basri
53. Ahmad Darus
54. Mohd Zahir Abd Khalid
55. Bazlan Baharuddin
56. Mohd Musatafa Kamal Sheikh Ismail
57. Azizzn Arifin
58. Mohd Husaimi Hussin
59. Izany Mohd Nor
60. Mohd Razali Mohd Razi
61. Ahmad Suhairi Hj Ahmad Hariri
62. Shamsuddin Saad
63. Fakhrul Zafran Asbi Kamarul Azam
64. Ungku Salleh Ungku Jamal
65. Asri Abd Rahman.

Tuesday, December 2, 2008

ISU KETUANAN MELAYU - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 153

PERKARA 153. PERRIZABAN KOUTA BERKENAAN DENGAN PERKHIDMATAN, PERMIT, DSB BAGI ORANG MELAYU DAN ANAK NEGERI MANA-MANA ANTARA NEGERI SABAH DAN SARAWAK.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.

(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.

(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu—

(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau

(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau

(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(9A) Dalam Perkara ini ungkapan "anak negeri" berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.

(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.

CATATAN:
Per. 153 Lihat Per. 38(5), 159(5), 161A(2), (3), (4).

Fasal (2): Lihat Per 161A(1), (2).

Fasal (3) hingga (5): Lihat Per. 161A(1).

Fasal (1), (2), (3), (6) dan (8): Perkataan "dan anak negeri mana-mana Negeri Borneo" dimasukkan selepas "orang Melayu" oleh Akta A30, seksyen 6, berkuat kuasa dari 10-03-1971, dan "Negeri-Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah dan Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-08-1976.

Fasal (8A): Dimasukkan oleh Akta A30, seksyen 6, berkuat kuasa dari 10-03-1971, dan perkataan "Negeri-Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah dan Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-08-1976.

Fasal (9): Perkataan "dan anak negeri mana-mana Negeri Borneo" dimasukkan selepas "orang Melayu" oleh Akta A30, seksyen 6, berkuat kuasa dari 10-03-1971, dan "Negeri-Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah dan Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-08-1976.

Fasal (9A): Dimasukkan oleh Akta A30, seksyen 6, berkuat kuasa dari 10-03-1971, dan perkataan "sesuatu Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah atau Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-08-1976.

Monday, December 1, 2008

MAKAN MALAM ANJURAN PERSATUAN WARGA CINTA NEGARA MALAYSIA

Terima Kasih kepada YBhg Dato' Izudin, Mantan Ketua Pemuda Bahagian Setiawangsa diatas jemputan kemajlis tersebut.