Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 52

SEJARAH TERCIPTA 31 OGOS 1957

video

Thursday, August 20, 2009

KEMPEN H1N1 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TEMBAK 2


Wabak Pendamik Hemagglutinin 1 Neuraminidase 1 atau H1N1 kini semakin menular, salah satu institusi yang terdedah kepada risiko wabak ini adalah sekolah. Parlimen Setiawangsa mempunyai 7 buah sekolah menengah dan 13 buah sekolah rendah.

Diatas dasar keprihatinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa melancarkan kempen membasmi H1N1 di sekolah-sekolah dalam Parlimen Setiawangsa dengan memberikan "face mask" dan risalah-risalah yang berkaitan H1N1 yang diperolehi dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain itu pendedahan kepada para pelajar mengenai betapa pentingnya untuk meningkatkan lagi kebersihan diri seperti kerap mandi dan amalan membasuh tangan dengan betul.

Sekolah pertama yang dikunjungi adalah Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Tembak 2 pada 20 Ogos 2009. Pada hari tersebut, ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Setiawangsa, Saudara Azmi Bin Badarudin telah menyerahkan 700 unit face masks dan juga risalah-risalah berkaitan dengan H1N1 kepada Encik Shamsudin Bin Bakar, Guru Besar SK Padang Tembak 2, untuk diedarkan kepada murid-murid dan guru-guru sekolah tersebut. Pengerusi Tetap Pergerakan, yang dikenali di sekolah sebagai Uncle Wan Zainal, juga memberi sedikit taklimat berkenaan dengan wabak H1N1 serta pencegahan Pada masa yang sama, sempena musim peperiksaan tidak lama lagi kami juga membuat sedikit sumbangan berupa beberapa rim kertas A4 untuk kegunaan pejabat sekolah.









































































































YB DATO SRI ZULHASNAN DAN KELUARGA MENGERJAKAN IBADAH UMRAH

Pada 17 Ogos 2009 - jam 11.00 pagi, bertempat di kediaman YB Dato Sri.

YB Dato Sri menyambut kedatangan serta meluangkan masa bertemu dengan beberapa Ketua UMNO Cawangan dan ahli-ahli yang datang menziarah sebelum beliau bertolak untuk mengerjakan Umrah bersama keluarga.


MAJLIS TAZKIRAH SAMBUTAN RAMADHAN ANJURAN BOMBA SETAPAK

Majlis Sambutan Ramadhan ini telah diadakan pada 16 Ogos 2009 Jam 7.00 malam di Surau Bomba Setapak, bermula dengan Solat Maghrib berjemaah, Tazkirah dan Isyak berjemmah. Penceramah jemputan adalah Ustaz Helmi dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.








































Friday, August 14, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BHG SETIAWANGSA MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA


MAJLIS DOA KESYUKURAN Y.B DATO' SRI KETUA BAHAGIAN

Majlis Doa Kesyukuran diadakan pada 13 Ogos 2009 jam 7.00 malam dan bertempat di Surau Ar Rasyidin, Puncak Setiawangsa. Aturcara seperti Solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta bacaan Yassin. Dato' Sri Zulhasnan dijadualkan akan menunaikan Ibadah Umrah pada 17 Ogos ini. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa mendoakan agar Y.B Dato' Sri Zulhasnan dapat menunaikan Ibadah Umrah dengan sempurna dan beroleh keberkatan didalam bulan Ramadhan Al Mubarak yang akan menjelma tidak lama lagi.






































































MESYUARAT PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA 3/2009

Mesyuarat ini diadakan pada 11 Ogos 2009 jam 9.00 malam di Bilik Mesyuarat, Pejabat UMNO Bahagian Setiawangsa. Membincangkan isu-isu semasa serta sesi soal jawab berkenaan Persidangan Pergerakan UMNO Bahagian Setiawangsa 2009 yang telah lepas.













































Monday, August 10, 2009

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Thursday, August 6, 2009

SATU PANDANGAN ISU I.S.A.(Untuk kita bincang-bincangkan)

KEKAL, MANSUH ATAU PINDA? (6/8/09)
Dari Meja Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Demonstrasi jalanan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada hari Sabtu lepas telah menyemarakkan lagi perdebatan mengenai akta ini.

Pada asasnya, saya menyokong keputusan Kerajaan untuk mengkaji semula ISA agar sesuai dengan keperluan semasa, sepertimana yang saya sebut sewaktu membincangkan ISA dalam rancangan 101 East di saluran Al-Jazeera (tayangan dijadualkan Khamis, 8.30 malam).

Pertama sekali, perlu ditegaskan bahawa Malaysia memerlukan mekanisme penahanan pencegahan (preventive detention), dalam erti kata seseorang individu boleh ditangkap dan ditahan bagi mengelakkan kesalahan atau jenayah yang belum diperlakukan, sebagai salah satu usaha pengurusan ketenteraman secara proaktif.

Dalam pada dunia mengalami ancaman ekstrimis dan pengganas, ditambah pula dengan sensitiviti unik dalam negara Malaysia yang berbilang kaum, kita tidak boleh menanti sesuatu bencana terjadi sebelum mengambil tindakan.

Oleh itu, saya yakin rakyat Malaysia sejagat boleh memahami peri pentingnya kuasa sebegini diberi kepada Kerajaan.

Walau bagaimanapun, agenda keselamatan dalam negeri perlu juga diimbangi dengan tuntutan demokrasi, yakni hak asasi manusia, kebebasan sivil dan keadilan.

Maka, ISA atau sebarang undang-undangpencegahan tidak boleh sama sekali digunakan untuk menghentikan bantahan yang sah (legitimate dissent) atau melenyapkan cabaran politik dengan cara 'mudah'.

Dalam erti kata lain, agenda keselamatan negara tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk kepentingan politik mana-mana pihak. Antara lain, skop definisi ancaman keselamatan kepada negara perlu diperketatkan untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa ISA.

Selari dengan komitmen untuk memartabatkan sistem demokrasi negara, UMNO dan BN peka kepada kemahuan ramai di kalangan generasi muda yang tidak selesa dengan ISA.

Saya tidak bersetuju kita melabelkan golongan ini sebagai buta sejarah atau seolah-olah memecah-belahkan bangsa Melayu semata-mata tentangan mereka terhadap ISA; sebaliknya kita perlu mendengar dan memahami pandangan mereka sejajar dengan proses pembaharuan yang ingin dijalankan parti dan Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.

Oleh sebab itulah maka kita harus mengkaji dan menghalusi ISA agar mengambil kira pertimbangan dan juga pandangan dari masyarakat umum.

Saya ingin mengambil pendekatan yang lebih konstruktif dan membina di dalam perdebatan mengenai ISA dan menyoal akan hala tuju peruntukan undang-undang ini – samaada mahu dikekal, dimansuh atau dipinda?

Dalam konteks ini, saya berpendapat bahawa YAB Perdana Menteri telah memberi isyarat yang jelas bahawa akta ini tidak harus dikekalkan sepertimana ia sekarang. Samaada ISA akan dipinda atau diganti dengan suatu peruntukan undang-undang yang baru adalah satu keputusan politik.

Dalam hal ini, ada kemungkinan yang ISA ini sudah penuh dan sarat dengan beban politik yang menuntut satu penghijrahan dari legasi lampau.

Oleh sebab itu, selain dari pindaan kepada ISA satu pendekatan adalah dengan memansuh dan menggantikannya dengan suatu akta penahanan pencegahan yang mengimbangi aspek keselamatan negara serta hak asasi dan kebebasan rakyat, melalui proses penggubalan undang-undang yang merangkumi konsultasi dan maklum balas dari masyarakat umum.

Namun, sebelum itu, beberapa isu penting berkenaan peruntukan sedia ada harus diambil kira dan diberi perhatian terlebih dahulu termasuklah aspek paling hangat dibahas mengenai ISA, iaitu berkenaan kuasa yang diberikan kepada Kerajaan untuk menahan seseorang tanpa perlu dibicara.

Secara khususnya, saya mendapati bahawa ramai yang kurang selesa dengan kuasa mutlak Menteri Dalam Negeri di bawah seksyen 8 akta tersebut untuk menandatangani arahan penahanan selama dua tahun – dan boleh diperbaharui setiap dua tahun - tanpa perlu melalui proses semakan kehakiman atau ‘judicial review’.

Khususnya, selepas pindaan kepada ISA pada tahun 1989, perintah tahanan Menteri Dalam Negeri langsung tidak boleh disemak oleh mahkamah.

Hasilnya, Menteri Dalam Negeri secara teori boleh menahan seseorang itu untuk jangkamasa yang panjang kerana Lembaga Penasihat yang diperuntukkan oleh ISA untuk mengkaji status tahanan tidak mempunyai kuasa untuk menidakkan keputusan Menteri.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya ada yang tidak selesa dengan kuasa hampir mutlak yang diberikan kepada seorang Menteri – tidak kira siapa pun yang memegang portfolio itu – untuk menahan seseorang tanpa perbicaraan.

Bagi memastikan bahawa individu yang ditahan kerana disyaki ancaman kepada keselamatan negara mendapat perbicaraan yang adil dan tidak disimpan bertahun-tahun tanpa diberi peluang untuk membela diri, sistem kehakiman perlu diberi ruang untuk mengadili kes-kes sebegini.

Namun, memandangkan banyak ancaman keselamatan negara ini berkisar hal-hal sensitif yang tidak mungkin boleh dikendalikan dengan kaedah biasa seperti kes-kes yang melibatkan maklumat dari badan-badan risikan, barangkali ada baiknya jika mahkamah khas disediakan untuk mengadili kes sedemikian melalui perbicaraan tertutup (in camera), misalnya.

Di samping itu, seksyen 73 ISA membenarkan seseorang individu ditangkap oleh Polis dan dihalang dari berhubung dengan dunia luar - kadangkala keluarga si tahanan juga tidak dimaklumkan tentang penangkapan itu sendiri inikan lagi tempat di mana individu itu ditahan.

Malah, hak mendapat khidmat peguam juga tidak dijamin. Sungguhpun terdapat kes di mana tahanan ISA dibebaskan oleh mahkamah melaui permohonan habeas corpus, kebanyakan kes ini terhad kepada skop permohonan yang terbatas kepada isu-isu prosedur penangkapan sahaja dan tidak mencakupi semakan kehakiman mengenai sebab-sebab dan asas penangkapan.

Di sini, saya percaya perlu ada pembaharuan supaya khidmat guaman diberi kepada mereka yang ditangkap bawah ISA di samping kelonggaran untuk berhubung dengan anggota keluarga.

Ini adalah antara cadangan yang boleh dibincangkan demi kebaikan bersama dan untuk menyelesaikan kemelut kontroversi ISA.

Pada hemat saya, demonstrasi pada hari Sabtu lepas langsung tidak memberi impak positif kepada perbincangan ini kerana hanya menuntut pemansuhan mutlak ISA tanpa menyumbang apa-apa cadangan realistik yang mengimbangi tuntutan demokrasi dan keselamatan negara yang memerlukan kuasa penahanan pencegahan.

Jika kita ingin budaya masyarakat terbuka sejajar dengan kematangan berpolitik yang jitu, maka semua pihak perlu mengambil tanggungjawab dengan menaikkan mutu perdebatan kita.

Tidak lagi boleh kita mengambil pendirian yang mudah - yakni mutlak pro atau anti ISA. Sebaliknya kita perlu kepada satu pendirian yang lebih matang, syumul dan kompleks yang mengambil kira segala keperluan demi kebaikan rakyat.

Khairy Jamaluddin

(SUMBER LAMAN WEB PEMUDA UMNO)

ARTIKEL INI ADALAH DARI PETIKAN DARI LAMAN WEB PEMUDA UMNO MALAYSIA UNTUK KITA FIKIR-FIKIRKAN DAN BINCANG-BINCANGKAN.

Wednesday, August 5, 2009

PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA 2009

Persidangan UMNO Bahagian Setiawangsa telah diadakan pada 2hb Ogos 2009, bertempat di Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.