Monday, February 15, 2010

Pada 23 Januari 2010, Kejohanan Bolasepak untuk merebut Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiwangsa ini dianjurkan oleh Biro Sukan, Kebudayaan dan Kesenian Pemuda. Kejohanan ini mendapat menarik minat 16 pasukan iaitu seramai hampir 300 orang yang terdiri kebanyakan daripada masyarakat sekeliling. Piala ini telah dimenagi oleh Setapak Air Panas FC dengan mengalahkan Anak Dagang (daripada masyarakat MINDEF) dengan jaringan 1-0.


video

Perlawanan Khas juga diadakan disebelah petang diantara Pilihan XI Pemuda UMNO Setiawangsa dan Pilihan XI Biro Sukan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, yang berkesudahan dengan pasukan pelawat menang 3-1. Turut bermain untuk pasukan Pilihan XI Pemuda UMNO Setiawangsa adalah Y.B. Dato' Sri Zulahasnan Rafique, Ketua Bahagian UMNO Setiawangsa merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Dato' Abdul Halim Samad, Timbalan Ketua Bahagian.



0 comments: