Monday, June 21, 2010

NOTIS MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA 2010

Kepada

Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap,
Semua Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa,
Semua Ketua-Ketua Pemuda UMNO Cawangan,
Semua Perwakilan -Perwakilan Pemuda UMNO Cawangan,
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa.

Asalammualaikum w.b.t

Saudara yang dihormati,

NOTIS MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA 2010.

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara diatas.

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa 2010 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 4 Julai 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi
Lokasi : Hotel Nikko, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Pakaian : Rasmi Pemuda ( Berkemeja Putih dan Berseluar Gelap )

Sehubungan itu, Saudara dan perwakilan dengan hormatnya dijemput hadir ke mesyuarat ini. semoga dengan kehadiran saudara dan perwakilan akan dapat memberi pandangan yang membina demi pembangunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa.

Ini adalah notis umum yang dipaparkan di laman blog Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa, Notis melalui sms serta Notis melalui surat akan menyusul.

Sekian, terima kasih.

" BERSATU-BERSETIA-BERKHIDMAT"
"BERSAMA-BERSATU-BERJAYA"


Yang berusaha.

Shamsul Jamalludin
Penolong Setiausaha
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa.


s.k

1. Ybhg Sdr Azmi Badarudin - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa

2. Ybhg Encik Abdullah Mat - Setiausaha UMNO Bahagian Setiawangsa

3. Ybhg Sdr Taufik Latif - PSU Pemuda UMNO Negeri Wilayah Persekutuan.

Wednesday, June 2, 2010



PROGRAM JUARA RAKYAT DAN HARI KELUARGA BAHAGIAN SETIAWANGSA

Program Juara Rakyat dan Hari Keluarga Bahagian setiawangsa telah dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Merangkap Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan serta turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Ketua UMNO Bahagian Kepong.
Program Juara Rakyat Dan Hari Keluarga telah diadakan seperti berikut:

Tarikh : 22 Mei 2010
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : PPR Sg. Bonus Semarak









Wednesday, May 12, 2010

PERSIDANGAN CAWANGAN

SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA PEMUDA PEMUDA CAWANGAN BERMULA 1 MEI 2010 SEHINGGA 15 JUN 2010.

KEPADA AIR PANAS UTARA (9 Mei 2010) TAHNIAH KERANA SETIAP TAHUN MERUPAKAN CAWANGAN YANG TERAWAL MENGADAKAN MESYUARAT.

PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR





Antara pemuda yang turun di Peti Undi Ulu Yam Timur. Mereka turun setiap hari tanpa mengira penat berulang alik setiap hari. Bertolak dari pejabat bahagian jam 8.00 malam dan balik dari bilik gerakan jam 2.00 pagi.

Rutin ini berulang setiap hari dari mula hari penamaan calon sehinggalah di hari pengundian. Tahniah juga kepada Ketua Pemuda Kerana turun ke peti undi setiap hari dari tengahari hingga ke malam.

Tuesday, March 30, 2010

MODEL EKONOMI BARU

DARI TEKS UCAPAN:

UCAPTAMA OLEH
Y.A.B. DATO' SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
DI
INVEST MALAYSIA 2010
HOTEL SHANGRI LA, KUALA LUMPUR
SELASA, 30 MAC 2010
8.15 PAGI



PRINSIP MEB

23. Seterusnya, saya ingin menetapkan tiga prinsip yang saya percaya akan menjadi penunjuk kepada pemikiran negara dan pembangunan MEB. Saya mahu - seperti mana yang digariskan oleh Tan Sri Amirsham – untuk kita semua membayangkan kesan MEB pada masa akan datang dan makna MEB terhadap diri kita dari segi individu dan perniagaan.

24. Tiga prinsip yang jelas terhasil daripada laporan NEAC -
pertama, berpendapatan tinggi,
kedua, kemapanan dan
ketiga, keterangkuman (inclusive).
Ketiga-tiga prinsip ini akan memacu kemajuan ekonomi untuk kita menjadi sebuah negara yang membangun sepenuhnya; meletakkan kedudukan negara yang berdaya saing secara strategik di dalam ekonomi serantau dan global, persekitaran yang mapan dan kualiti kehidupan secara menyeluruh.

25. Kita perlu bertanya pada diri sendiri akan soalan asas ini: Adakah MEB ini menjana pekerjaan berpendapatan tinggi di mana Rakyat mendapat manfaat daripada ekonomi yang berdaya saing dan cara hidup yang lebih baik? Inilah intipati (raison d'ĂȘtre) bagi MEB. Kita mahu melihat Malaysia melakukan lonjakan kuantum daripada pendapatan tahunan per kapita sebanyak USD7,000 kepada USD15,000 dalam tempoh 10 tahun seperti yang dinyatakan dalam Laporan NEAC. MEB hendaklah dibina dari sini. Ia bukanlah suatu tugas yang mudah, tapi ia menjanjikan pulangan yang lumayan jika kita mampu melakukan transformasi ini. Cabaran kita adalah bagaimana untuk melakukannya. Ini bermaksud, membangunkan sektor sedia ada dan memaksimumkan potensi sektor baru melalui inovasi.

26. Mewujudkan negara yang berpendapatan tinggi bermakna upah pekerja yang lebih tinggi bagi keseluruhan ekonomi disebabkan pertumbuhan bukan sahaja daripada modal, tetapi juga daripada produktiviti yang tinggi melalui penggunaan kemahiran dan inovasi, koordinasi yang diperbaiki, penjenamaan yang kukuh dan mematuhi piawaian antarabangsa dan hak harta intelektual. Ekonomi yang berasaskan pengetahuan, pelaburan dalam teknologi baru, kemahiran yang pelbagai, innovasi dan kreativiti, serta peningkatan kompetensi adalah pemacu kepada prestasi sektor awam dan swasta. Kita mengharapkan pelaburan dan persaingan untuk bakat terbaik melalui pembayaran upah yang tinggi. Malah, pekerja kolar biru juga akan diberi upah berdasarkan peningkatan kompetensi yang mereka miliki, dengan prestasi mereka akan diukur berdasarkan tanda aras pesaing antarabangsa. Semakin banyak kemahiran, akan datang tanggungjawab yang lebih besar dan pekerjaan yang lebih baik serta berpendapatan tinggi.

27. Antara penemuan lain, laporan NEAC turut memberi penekanan bahawa sehingga hari ini seramai 80 peratus daripada populasi tenaga kerja mempunyai taraf pendidikan sehingga kelayakan SPM yang setaraf dengan O-levels. Perkara ini tidak sejajar dengan ekonomi berpendapatan tinggi yang kita aspirasikan. Kita perlu pendidikan yang berterusan, latihan kerja praktikal dan latihan semula kemahiran bagi memanfaatkan sepenuhnya teknologi baru. Dan dengan membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi di mana produktiviti dan daya saing memacu pertumbuhan, kos menjalankan perniagaan akan sentiasa berdaya saing berikutan penggunaan modal yang lebih efisien serta memberi penekanan terhadap pekerja yang berkualiti. Ini bermakna, pengurangan kebergantungan terhadap tenaga buruh asing yang tidak berkemahiran, dan lebih penumpuan kepada pekerja pelbagai kemahiran yang boleh meningkatkan produktiviti. Perubahan ini juga memerlukan Kerajaan untuk turut meningkatkan kualiti dan produktiviti para pekerjanya. Saya percaya kita telah memulakan usaha melalui GTP, yang mana antaranya akan meningkatkan infrastruktur negara serta memperbaiki akses kepada pendidikan yang berkualiti.

28. Kedua, MEB mesti bertunjangkan komitmen terhadap penjanaan pertumbuhan yang mapan, bukan sahaja dari sudut prestasi ekonomi negara kita, bahkan perlu mengambilkira kesan pembangunan ekonomi ke atas persekitaran dan sumber asli yang tidak ternilai. Tidak ada maknanya kita terlalu mengejar masa depan dengan kekayaan yang melimpah-ruah, sekiranya sumber alam dan nilai masyarakat terhakis yang bakal dihadapi oleh generasi akan datang. Pilihan ini adalah tidak wajar dan amat sia-sia sekali. Kita boleh memiliki pendekatan ekonomi yang mantap dan dinamik, tetapi ianya mesti berupaya memelihara negara kita yang dicintai demi generasi akan datang.
Pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan mapan hendaklah selari dengan pemuliharaan alam sekitar. Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini semasa penubuhan NEAC, pencapaian berasaskan kekayaan semata-mata belum memadai dengan apa yang saya hasratkan. Bukan sahaja saya mahukan rakyat memperoleh pendapatan yang lebih tinggi, tetapi juga mereka turut menikmati kehidupan yang lebih sempurna. Meningkatkan kualiti hidup mestilah menjadi sebahagian daripada adunan MEB.

29. Akhir sekali, adakah MEB melibatkan keterangkuman? Kita perlu mengambil kira penggembelingan potensi keseluruhan rakyat Malaysia, dan sama-sama menikmati hasil kemakmuran negara yang semakin berkembang.

30. Keterangkuman atau penyertaan menyeluruh merupakan pra-syarat utama bagi memupuk semangat kekitaan dan pemuafakatan di dalam MEB. Saya mengambil kesempatan ini, untuk menyentuh isu penyertaan menyeluruh MEB di mana tidak ada seorang pun yang terpinggir dalam menyumbang dan mengecapi hasil penjanaan kekayaan seiring dengan kemajuan negara. Walaupun dari segi realitinya, adalah mustahil untuk kita mencapai kesaksamaan yang sempurna dalam ekonomi global dan terbuka, masyarakat yang berteraskan penyertaan bersama mampu memastikan yang kita boleh mengurangkan jurang ketidaksamaan, mampu membantu mereka yang paling memerlukan, dan melibatkan penyertaan semua rakyat Malaysia yang berkebolehan dalam usaha melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing.

31. Dalam mengubah pendekatan dengan mengambilkira cabaran-cabaran baru ini, ia memerlukan kita untuk mengubah pemikiran rakyat kita. Dalam jangka masa pendek, tentu akan ada tentangan yang hebat. Sebahagian sektor ekonomi mungkin terjejas. Proses pembaharuan tidaklah mudah dan tentunya akan mengalami kesukaran. Namun, bagi membina kekuatan jangka panjang negara, kita tidak boleh berterusan membelakangi isu ini. Jika kita benar-benar mahu menyelesaikan isu ketidaksamarataan dan menjadi contoh di rantau ini, kita perlu bertindak segera untuk melakukan perubahan.

(Sumber: www.1Malaysia.com.my)