Wednesday, December 7, 2011

Program TPM Turun Padang DI Setiawangsa















MAJLIS BERSANTAI DAN MAKAN MALAM PEMUDA & BELIA SETIAWANGSA BERSAMA YB DATUK AHMAD MASLAN









ADAKAH KITA SANGGUP MELALUI SEMUA INI

Renung-renungkan tuntutan Ambiga di mana kita nanti
TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Wednesday, January 26, 2011

MUBAHALAH -SIAPA YANG BENAR DAN YANG SALAH



Nota Ilmiah Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Setiawangsa

APA Itu Mubahalah ,supaya tidak ada perbalahan. Kita baca dan renungkan firman Allah dalam surah An-Nuur ayat 6-9.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

BismillahirRahmanirRahim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ يَكُن لَّهُمْ شُهَدَاء إِلَّا أَنفُسُهُمْ فَشَهَادَةُ أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ

6] Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar;

وَالْخَامِسَةُ أَنَّ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَيْهِ إِن كَانَ مِنَ الْكَاذِبِينَ وَيَدْرَأُ

[7] Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta.

عَنْهَا الْعَذَابَ أَنْ تَشْهَدَ أَرْبَعَ شَهَادَاتٍ بِاللَّهِ إِنَّهُ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ

[8] Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdustaan

وَالْخَامِسَةَ أَنَّ غَضَبَ اللَّهِ عَلَيْهَا إِن كَانَ مِنَ الصَّادِقِينَ

[9] Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar.


inilah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari apabila kes liwat nya heboh di perkatakan........

Wednesday, December 29, 2010

Siapa yang naik kapal 2???????

Nota Ilmiah Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Setiawangsa.


Siapa Kapal 2 ????? ………… Jangan biarkan Ini berlaku di Malaysia ….Sedar lah Umat Muhammad s.a.w


Mengikut fakta sejarah

“ Walaupun memiliki kekuatan yang kukuh dan kuasa yang luas namun beberapa factor perosak mula menyusapmasuk ke dalam struktur umat al –Quran ini. Faktor-faktor ini semakin bertapak kukuh dan merebak sedikit demi sedikit hingga berjaya merobek dan mengoncang pusat Negara islam pada kurun ke 6 Hijrah ketika di serang oleh Tartar dan sekali lagi pada kurun ke -14 Hijrah. Melalui kedua-dua serangan ini umat Islam mula bertaburan dan berpecah kepada Negara-negara kecil yang tercari-cari langkah untuk bersatu dan bangkit semula.

Faktor-faktor perosak utama ialah:

a. Percakaran politik dan sikap fanatic selain perebutan kuasa dan pangkat

وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya danjanganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkankamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu danbersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orangyang sabar.

b.Persilihan dalam soal asas agama dan mazhab serta salah faham yang timbul tentang islam

“ Sesebuah bangsa tidak akan sesat setelah mereka menerima hidayah yang mereka amalkan melainkan apabila mereka mula berdebat”

hadis

c.Tengelam dalam pelbagai bentuk kemewahan dan kesenangan

وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُواْ فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا

Dan jika Kami hendak membinasakan suatunegeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yanghidup mewah di negeri itu (supaya menaati Allah)tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu,maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan(ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itusehancur-hancurnya. ( AL-Isra :16)

d.Kepimpinan yang bersikap buruk dan kuasa di berikan kepada mereka yang tidak mampu.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لاَ يَأْلُونَكُمْ خَبَالاً وَدُّواْ مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاء مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الآيَاتِ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamuambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang diluar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya(menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apayang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian darimulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hatimereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkankepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.(Al-Imran :118)

e.Mengabaikan ilmu-ilmu yang berbentuk praktikal dan ilmu—ilmu dunia

قُلِ انظُرُواْ مَاذَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَا تُغْنِي الآيَاتُ وَالنُّذُرُ عَن قَوْمٍ لاَّ يُؤْمِنُونَ

Katakanlah: "Perhatikanlah apa yang ada dilangit dan di bumi. Tidaklah bermanfaat tandakekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberiperingatan bagi orang-orang yang tidak beriman".( Yunus:101)

f.Kelekaan para pemerintah dengan kuasa yang dimiliki , terpedaya dengan kuasa yang ada serta lupa melihat perkembangan masyarakat lain

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isineraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia,mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannyauntuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyaimata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat(tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyaitelinga (tetapi) tidak dipergunakannya untukmendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagaibinatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yang lalai.((Al-Araf: 179)

g.Tertipu dengan helah musuh yang bijak membujuk. Terpesona dengan hasil-hasil usaha musuh

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوَاْ إِن تُطِيعُواْ فَرِيقًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ يَرُدُّوكُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ

Hai orang-orang yang beriman, jika kamumengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi AlKitab, niscaya mereka akan mengembalikan kamu menjadiorang kafir sesudah kamu beriman.(Ali Imran :100)

h.Kelemahan factor akidah yang membawa kepada kepincangan akhlak yang teruk .

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوَاْ إِن تُطِيعُواْ الَّذِينَ كَفَرُواْ يَرُدُّوكُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ فَتَنقَلِبُواْ خَاسِرِينَ

Hai orang-orang yang beriman, jika kamumenaati orang-orang yang kafir itu, niscaya merekamengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran),lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.(Aali Imran :149)


by Anizam Ahmad on Monday, December 27, 2010 at 4:26pm