Monday, December 20, 2010

Laporan Biro Agama Kembara Ramadhan Surau Setiawangsa 1341 ( KRS2 1431 )




Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan ugama mereka (dengan perselisihan –perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu) dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau berkait sedikitpun dalam ( perbuatan) mereka. Sesunguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak) , apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).

1 Pendahuluan

Dengan nama Allah, Yang Maha pemurah lagi penyayang,segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam sebagai kepujian yang menyempurnakan segala nikmatnya dan menjamin pertambahannya, wahai Tuhan kami bagi Engkaulah kepujian yang layak dengan kebesaran zatMu dan keagungan pemerintahanMU.

Dengan merujuk kepada Surah Al-An’aam ayat 159 di atas, Pada Ramadhan 1431 Pegerakan Pemuda Setiawangsa telah bersatu hati dan telah mengadakan beberapa aktiviti untuk merapatkan pertalian Ukhwah diantara UMNO dan penduduk-penduduk setempat di Bahagian Setiawangsa.

Walaupun dalam bulan Ramadhan masa amat terhad, Pegerakan Pemuda yang telah diketuai oleh Ybhg Sdr Azmi Badaruddin selaku Ketua Pemuda Bahagian Setiawangsa bersama Exco-Exco pemuda melalui Biro Politik , Pengurusan dan Tugas Khas Pemuda Umno Setiawangsa serta Biro Agama telah sama-sama mengimarahkan Bulan Ramadhan dengan mengadakan Kembara Ramadhan Surau Setiawangsa 1431 (KRS2-1431).


Peringkat Gerakan

Peringkat ini Pergerakan Pemuda telah meluangkan masa dengan penduduk setempat di kawasan Setiawangsa di dalam bulan Ramadhan yang mulia. Bersama satu niat yang murni dengan seribu keikhlasan bersama-sama dengan qhariah surau menguatkan siratulrahim.

Diantara perancangan yang telah di atur adalah Pergerakan Pemuda beramai-ramai akan mengunjungi surau untuk menyerahkan sumbangan Moreh dan akan bersama menunaikan solat Maghrib ,serta Isyak , Tahlil dan Solat Terawih. Serta bermoreh bersama-sama dengan qhariah surau .

Disebabkan masa yang agak terhad Pergerakan Pemuda hanya dapat meluangkan masa di 7 buah surau sebagaimana di senaraikan dibawah ini:

No

Tarikh

Aktiviti

Ringkasan

1

25- Ogos 2010

Solat Tarawih dan Sumbangan Moreh di Surau Al Hidayah.(AU3)

Telah di hadiri oleh Ketua Pemuda Ybhg Saudara Azmi Badarudin bersama Exco pemuda.

Aktiviti telah berjalan seperti yang telah dirancangkan. Serta pemuda telah bersama-sama dengan qariah surau mendengar Tazkirah oleh ustaz jemputan yang telah diadakan selepas solat terawih

2

27- Ogos 2010

Solat Tarawih dan Sumbangan Moreh di Surau Al-Ansar ( Taman Sri Rampai.

Telah di hadiri oleh Ketua Pemuda Ybhg Saudara Azmi Badarudin bersama Exco pemuda.

Aktiviti telah berjalan seperti yang telah dirancangkan. Pemuda rasa bersyukur kerana majlis ini di terima dengan hati yang terbuka oleh Qariah surau Al Ansar walaupun majoriti adalah ahli pembangkang.

3

27-Ogos 2010

Sumbangan Moreh kepada Surau Sek 5 Wangsa Maju.

Biro agama sebagai wakil Pemuda telah menyerahkan Moreh kepada Timbalan Pengerusi Surau.

4

2-September 2010

Solat Tarawih dan Sumbangan Moreh di Surau Ibnu Sina (T.T Wangsa)

Telah di hadiri oleh Ketua Pemuda Ybhg Saudara Azmi Badarudin bersama Exco pemuda.

Aktiviti telah berjalan seperti yang telah dirancangkan. Kedatangan pemuda di alu-alukan oleh Pengerusi Surau Ibnu Sina.

5

2-September 2010

Sumbangan Moreh kepada Surau Jalan Semarak .

PSU sebagai wakil Pemuda telah menyerahkan Moreh kepada Pengerusi Surau.

6

4 September 2010

Sumbangan Moreh kepada Surau Nurul Huda (PPR Sg Bonus.

Biro Politik, Pengurusan dan Tugas-tugas Khas sebagai wakil Pemuda telah menyerahkan Moreh kepada Pengerusi Surau.

7

4 September 2010

Solat Tarawih dan Sumbangan Moreh di Surau At-Taqwa Kpg Baru Air Panas

Telah di hadiri oleh Ketua Pemuda Ybhg Saudara Azmi Badarudin bersama Exco pemuda.

Aktiviti telah berjalan seperti yang telah dirancangkan. Kedatangan pemuda di alu-alukan oleh Pengerusi Surau At Taqwa.Dimana KP telah di beri kesempatan oleh pengerusi Surau untuk menyampaikan Sumbangan kepada AJK surau serta ASNAF.

Setelah meluangkan masa bersama masyarakat Pergerakan Pemuda telah menerima beberapa maklumbalas/serta pengajaran dari KRS2 ini di antaranya adalah:

1. Walaupun surau- surau yang dilawati kebanyakan ahlinya adalah Kubu Pembangkang tetapi sebenarnya mereka masih mempunyai fikiran yang terbuka untuk menilai Pergerakan Pemuda UMNO.

2. Bukan sekadar bantuan dan sumbangan yang surau perlukan tetapi kehadiran juga amat dialu-alukan oleh Pengerusi dan Ahli Surau itu sendiri.

3. Dengan kehadiran Pergerakan Pemuda Setiawangsa telah menunjukan bahawa keikhlasan UMNO dalam memupuk semangat ikatan siratulrahim antara masyarakat setiawangsa.

Pergerakan Pemuda ingin menyampaikan Setinggi Ucapan Terima Kasih Kepada

1. Y.B Dato’ Sri Zulhasnaan Rafique ( Ahli Parlimen Setiawangsa merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa)

2. YBhg Azmi Badarudin ( Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa)

3. Biro Politik , Pengurusan Dan Tugas Khas Pemuda Umno Setiawangsa

4. AJK Biro Agama Pemuda UMNO Setiawangsa.

_

0 comments: