Monday, August 3, 2009

PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA 2009


Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa 2009 telah diadakan pada 1 hb Ogos 2009 di Grand Ballroom, Hotel Nikko Jalan Ampang, Sekalung Tahniah buat kesemua Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian dan Para Perwakilan Pemuda diatas kerjasama dan permuafakatan yang ditunjukkan dan yang paling utama adalah Persidangan tahun 2009 berlangsung dalam suasana kekeluargaan.


Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa, Ybhg Sdr Azmi Haji Badarudin dan Ybhg Sdr Mohamed Hameli Mohamed.



Sekalung Terima Kasih buat Wakil Pemuda Negeri iaitu Ybhg Sdr Azniee Abdullah Ketua Pemuda Bahagian Batu serta rombongan yang banyak membantu melancarkan perjalanan persidangan. Terima Kasih juga kepada Wakil UMNO Bahagian iaitu Tuan Haji Yahaya, Tuan Haji Yusof Ishak dan Encik Shaari Sidek.

Tahniah kepada Sdr Mohd Farid Khalid (Ketua Penerangan Pemuda) dan Sdr Saiful Annuar Mat Ali (Bendahari Pemuda) yang telah terpilih sebagai Perwakilan 2 (G2) Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa 2009.















































































































0 comments: