Monday, July 27, 2009

PERSIDANGAN TAHUNAN 2009


Kepada
Pengerusi Tetap & Timbalan Pengerusi Tetap,
Semua Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa,
Semua Ketua Pemuda Cawangan,
Semua Perwakilan Pemuda Cawangan.


Saudara yang dihormati,

NOTIS PERSIDANGAN TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA,
WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2009

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa bagi tahun 2009 akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 1 hb Ogos 2009(Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Hotel Nikko, Jalan Ampang.

3. Sehubungan itu, saudara dengan hormatnya dijemput hadir ke persidangan ini. Semoga dengan kehadiran saudara akan dapat memberi pandangan yang membina terhadap perjuangan parti demi Agama, Bangsa dan Negara.

Sekian, terima kasih.

“BERSATU – BERSETIA - BERKHIDMAT”

Yang berusaha




Shamsul Jamalludin
Penolong Setiausaha
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa

S.K : PENOLONG SETIAUSAHA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA.

PENOLONG SETIAUSAHA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN.

KETUA PEMUDA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA.

SETIAUSAHA
UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA.




0 comments: