Monday, May 18, 2009

Forum "Conversation" Trend Piliharaya Kecil




Forum yang diadakan pada 15 Mei 2009 di ibu pejabat UMNO PWTC telah mendapat sambutan yang sangat menggalakan terutamanya dikalangan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan. Pemuda118 telah menghantar 5 wakil termasuk Ketua Pemuda Sdra Azmi Badarudin. Tiga ahli panel undagan untuk forum tersebut adalah bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP dan penulis blog, Datuk Kadir Jasin, Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Prof Dr Zainal Kling daripada UPSI manakala pengerusinya Datuk Shahaniza Shamsuddin.


Antara isi berbangkit forum seperti berikut:

  1. UMNO kena mengubati hati orang Melayu yang rata-rata sudah kecewa kerana parti itu dilihat lebih banyak menyenangkan hati orang Cina dan India sedang mereka tidak menjaga hati orang Melayu. Datuk Kadir berpendapat, sekiranya hati orang Melayu tidak diubati, UMNO bukan sahaja tidak boleh bangkit kembali ke asal tetapi akan habis dalam pilihan raya umum akan datang.
  2. Isu-isu tempatan yang ada kaitan dengan pengundi menjadi pengaruh besar dalam pilihan raya kecil kebelakangan ini selain faktor keperibadian calon. Dr Zainal berpendapat, menjadi trend baru juga bahawa isu negara walaupun besar ianya tidak dapat mempengaruhi pengundi sebaliknya mereka mencari parti yang membuat janji populis. Mereka tidak lagi melihat janji-janji untuk jangka masa panjang terutama soal pembangunan yang dinyatakan kerajaan.
  3. Dr Zainal juga berpendapat  sikap UMNO yang terlalu defensif terhadap serangan pembangkang memberi kesan buruk apabila ada isu-isu dibangkitkan tidak dijawab. Ini disetujui oleh Datuk Hafarizam yang menceritakan pengalaman berdepan dengan peguam-peguam mewakili pembangkang termasuk Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang kurang ajar dalam mahkamah. Dalam hal tersebut Datuk Hafarizam bertegas berdepan dengan tindak tanduk pihak pembangkang supaya hak-hak dapat didengar dan ditegakkan.  
  4. Datuk Hafarizam berkata, persepsi juga satu masalah yang mana boleh dilihat dengan jelas apabila keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada pembangkang.

    “Bila kerajaan atau BN menang dalam kes di Perak, mereka kata ada tangan ghaib dan keputusan aneh serta menghairankan tetapi sebelum itu bila Nizar menang, mereka kata itu kehendak rakyat,” jelasnya.

0 comments: