Sunday, April 5, 2009

TAHNIAH & TERIMA KASIH & SELAMAT KEMBALI

TAHNIAH YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK


3 April 2009 - Datuk Seri Najib Razak membaca ikrar mengangkat sumpah taat setia serta menyimpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selepas menerima Suratcara Pelantikan sebagai Perdana Menteri di Istana Negara di sini, hari ini.


Bekas Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hadir pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan, Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri di Istana Negara di sini, hari ini.



Datuk Seri Najib Razak menandatangani Suratcara Pelantikan sebagai Perdana Menteri selepas membaca ikrar mengangkat sumpah taat setia serta menyimpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini, hari ini.


TERIMA KASIH TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI



Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengurniakan anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kiri) di Istana Negara di sini, hari ini. Turut menerima gelaran yang sama isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah, 55, yang dikurniakan anugerah "Seri Setia Mahkota" (SSM). Istiadat penganugerahan itu berlangsung selepas majlis mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri yang baru.


Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan Fail Meja Perdana Menteri simbolik penyerahan tugas sebagai Perdana Menteri keenam kepada penggantinya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

Tun Abdullah Ahmad Badawi melambaikan tangan kepada orang ramai yang hadir sejurus sebelum meninggalkan pejabat Perdana Menteri selepas penyerahan tugas sebagai Perdana Menteri keenam di Bangunan Perdana Putra hari ini.


SELAMAT KEMBALI TUN MAHATHIR !



PUTRAJAYA 4 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini kembali menyertai UMNO setelah hampir setahun meninggalkan parti tersebut.

Bekas Presiden UMNO itu bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menyerahkan borang keahlian yang kekal bernombor 001 dan 002 kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna di Sri Satria di sini.

Dr. Mahathir, 84, melahirkan rasa gembira kerana dapat kembali dan diterima semula oleh UMNO.

‘‘Walaupun saya berada di luar UMNO tetapi dalam hati saya masih orang UMNO. Walaupun saya tegur UMNO, saya fikir teguran itu adalah untuk membina UMNO, bukannya untuk menghancurkan UMNO.

‘‘Oleh itu saya berharap yang keluar UMNO sama dengan saya akan kembali semula dan harap parti akan menerima mereka,” katanya.

0 comments: