Thursday, March 19, 2009

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA YB DATO SRI ZULHASNAN


Pada 4 Februari 2009 bertempat di Restoran Natrabu, Kampong Baru telah berlangsung Majlis Ramah Mesra diantara YB Dato Sri Zulhasnan Rafique, Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa dengan AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa. Majlis ini buat pertama kali diadakan oleh YB Dato Sri bertujuan untuk berkenal-kenalan disamping merapatkan silaturahim diperingkat akar umbi selain berbincang mengenai isu-isu semasa.






Dalam ucapan, YB Dato Sri Zulhasnan mengingatkan betapa pentingnya tugas Pergerakan Pemuda dalam pilihanraya yang akan datang untuk meningkatkan kembali kepercayaan golongan muda terhadap perjuangan UMNO, yang mana tugas ini bukan mudah. Seluruh warga AJK Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa melahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada YB Dato Sri Zulhasnan yang dapat meluangkan masa bersama walaupun beliau agak sibuk berkempen untuk jawatan MT pada Perhimpunan Agung UMNO akan datang.

Ybhg Sdr Azmi Badarudin selaku Ketua Pemuda turut memperkenalkan AJK Pemuda kepada YB Dato Sri, beliau juga bersetuju dengan pandangan YB Dato Sri mengenai tugas-tugas berat yang menanti Pergerakan Pemuda yang diketuai oleh beliau.

Majlis ini berlangsung selama 3 jam dalam keadaan bersantai sesekali diselang-seli dengan gelak ketawamenambah keceriaan majlis.
" SEKALUNG TERIMA KASIH "





0 comments: