Friday, January 16, 2009

NSTP FUND FOR GAZA & DANA KEMANUSIAAN PALESTIN ( DAKAP )




Salam Perjuangan....

" Sebagaimana yang kita semua ketahui, saudara Islam kita kini amat menderita di Palestin akibat pencerobohan Israel yang saya anggap biadap dan tidak bertamadun. Isu yang melanda bumi Palestin ini adalah isu kemanusiaan dan saya juga sedar bahawa tidak ada tindakan yang dapat diambil kerana bidang kuasa kita yang terbatas, malah seluruh dunia hanya mampu melihat. Sebagai manusia, kita hanya mampu berdoa dan mengharapkan agar saudara-saudara kita dapat melalui saat-saat yang getir ini dengan sabar dan bertawakal kepada Allah. Di atas sifat kemanusiaan, saya sebagai wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa menyeru kepada Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa khasnya dan kepada seluruh warga Pemuda UMNO agar dapat meringankan azab yang mereka tanggung melalui rayuan derma " NSTP FUND FOR GAZA " yang dianjurkan Kumpulan NSTP atau " DANA KEMANUSIAAN PALESTIN " (DAKAP) yang telah dianjurkan oleh Kumpulan Utusan dan Islamic Relief Malaysia (IRM) yang mana dana ini akan disalurkan terus ke Gaza. Sumbangan anda boleh disalurkan terus melalui akaun bank yang tertera dibawah ini, Akhir kata - Al Fatihah buat Syuhada dan saudara kita di Bumi Palestin "

- Azmi Badarudin ( Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa )



0 comments: